So, now I am going to brief a little bit on what's gonna happen on that hectic week.
Pertama, dokumen-dokumen penting. Ini ialah bahagian yang paling penting sebab kalau yang ini tak settle, agak mencabar lah minggu tu nanti. Serius memang akan kelam kabut sebab korang ramai (I heard there are gonna be 1900 in total for Hayat and Fizikal, APIDS excluded tho). Jadi kalau korang dapat settlekan bahagian ni, It would be really smooth process for yalls, ok?
Korang akan dapat semua borang-borang yang perlu diisi ni selepas korang terima tawaran. Kalau tak silap, dia ada dalam satu folder yang korang kena download and print semua borang-borang berkenaan.
Ni borang senarai semak dokumen.
Now, I will explain the needs for each documents.
For SKR section, isi borang tersebut. Untuk salinan-salinan IC, surat tawaran, etc SILA MINTA COP PENGESAHAN dari mereka yang layak (pls google that I aint gonna put that here). Selalunya pengetua, guru besar, doktor, polis. Dia ada pangkat-pangkat dia. Make sure SEMUA benda-benda ni korang dah settle siap-siap. Each benda ni, sila fotostat dan cop 4 salinan. Sebab each section perlukan salinan benda ni. Especially IC. Okay SKR, settle.
For BENDAHARI, haa bahagian ni yang penting PASTIKAN YURAN DAH DIBAYAR, MENCUKUPI DAN SALINAN ASAL DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN. During my batch ramai sangat tak bawak, and susah jugak sebab nak tunggu parents post kat UM. Make sure bawak SALINAN ASAL, and yuran dibayar MENCUKUPI, EVEN 10 SEN. Sebab kalau tak cukup, nanti korang kena bank in, yup that 10 cents. Okay so yuran ni akan bayar through Bank Islam, which korang akan buka juga akaun Bank Islam. Oh and fotostat dan cop pengesahan juga salinan asal resit bank untuk kegunaan seterusnya.
Untuk KKP, sila buat pemeriksaan kesihatan (medical checkup) di mana-mana Klinik Kesihatan atau Pusat Perubatan Kerajaan mahupun swasta. Just make sure korang tunjuk borang medical checkup tu and tanya adakah mereka buat medical checkup for that particular borang. Sebab every University requires different type of check up. Dan untuk x-ray, pastikan doktor ada selitkan sekali LAPORAN X-RAY, sebab yang KKP nak adalah laporan tu, bukannya X-ray gedabak tu ye. But just to be safe, bawak je film tu incase report tu hilang, korang boleh bawak film tu and mintak doktor dekat KKP tuliskan report.
Untuk PASUM, which memang complex pendaftaran dia, I would say the one yang a bit hardcore cause the FPs and lecturers are going to check ALL your documents. One mishaps and you are gonna stuck a bit. Pastikan borang-borang lengkap and again, MAKE SURE SEMUA SALINAN IC, SIJIL, ETC DAH DICOP PENGESAHAN OK!!! Ni penting. Nanti kang nak daftar tengok2 eh tak cop. Dah masalah pulak nak pergi cari cop. Pls.pls.pls. cop siap-siap ok? :)
P/s: One more thing regarding slip gaji ibu bapa. If one (or both) of your parents kerja sendiri atau tidak bekerja, sila pastikan 'Surat Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa' ada. Kena ada. WAJIB. Ini supaya pihak PASUM boleh sahkan pendapat both of your parents dan kalau bawah RM10k, akan dapat bantuan lah. Which helps a lot. So pls if you need this biasiswa/bantuan, pastikan ada. I've been there. If you need some help regarding this, boleh komen kat bawah, i'll try to explain it.
Borang pendaftaran for Kolej, akan dapat semasa di Kolej waktu hari pendaftaran so memang akan isi on the spot.
Gambar pasport pastikan ada AT LEAST 8 keping. You gonna need a lot of that okay?
I think itu sahaja, kot? I will post a new one if ada apa-apa yang tak lengkap kat sini. Anything boleh comment kat bawah. I'll try replying to that soon.
Sekian, tutup salam Wasalam :D

No comments:
Post a Comment